Orang -orang yang telah Kami berikan AlKitab kepadanya, mereka membacanya dengan BACAAN YANG SEBENARNYA, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Surah Al Baqarah ayat 121)
Keluarga 'Imran
Itulah ayat-ayat Allah, Kami bacakan ayat-ayat itu kepadamu dengan benar; dan tiadalah Allah berkehendak untuk menganiaya hamba-hamba-Nya. (Surah Ali 'Imran ayat 108)
Kalau roboh Kota Melaka Papan di Jawa hamba dirikan Kalau sudah bagai di kata Jiwa dan raga hamba serahkan
PERASAAN YANG KUAT
Perasaan yang kuat, tak pernah takut untuk kehilangan kasih sayang, tak pernah terjejas dengan kehabisan wang, tak pernah bersedih untuk lapar, Sentiasa bersedia untuk mati bila2 masa, serta apa2 kekecewaan langsung tak mampu membunuh semangatnya. Apabila seseorang boleh hidup begini tanpa merasa apa-apa. Tiada apa lagi yang boleh mengalahkannya dan daku ingin menjadi salah seorang..
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. ( An Nahl ayat 78 ) 16 DISEMBER 2000M bersamaan 20 Ramadhan 1421H 25 SEPTEMBER 2004M bersamaan 12 SYA'BAN 1425H
SURAH AL FURQAAN AYAT 30
Firman Allah dengan maksud: Berkatalah Rasul: "Ya Rabku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran ini suatu yang tidak diacuhkan".
Sebahagian Kisah Nabi Ibrahim
Pada ketika Nabi Ibrahim sedang di bakar oleh Raja Namrud kerana menyampaikan ajaran Islam.. ada seekor burung sedang melalui kawasan tersebut. Menyaksikan kejadian itu..burung tersebut lalu membawa air dengan paruhnya dan mencurahkan air yang amat sedikit itu ke api yang sedang marak menyala. Lalu berkatalah burung itu: "Sesungguhnya aku sedar perbuatanku ini tidaklah dapat untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim..namun di akhirat kelak aku akan punya alasan untuk menjawab kepada Allah tentang apakah tindakanku ketika melihat Rasul-Nya dizalimi". Wallahualam.
Firman Allah dengan maksud: Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Rab-Mu dan supaya mereka bertakwa". (Surah Al A'raaf ayat 164)